INFO SEK


Maklumat dan Sejarah Sekolah

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Seri Gelugor
Alamat             : 24300 Kerteh, Kemaman, Terengganu
No Tel / Fax     : 09 -8260171
Kod Sekolah    : TBA2055
Gred Sekolah   : B
Lokasi              : Luar Bandar
Jenis Sekolah   : Sekolah Rendah Harian Biasa
Email Sekolah  : tba2055skserigelugor@yahoo.com.my
Laman Web      : sk-serigelugor@blogspot.com
Alamat VLE Frog : tba2055.1bestarinet.net  
        
      SK Seri Gelugor yang dahulunya dikenali dengan nama SK Kerteh 2 ini telah memulakan operasi pada 02 Januari 2005. Sekolah ini bertempat di kerteh, terengganu di tepi jalan utama Chukai- Kuala Terengganu. Pada ketika ini, sekolah ini dilengkapi dengan 4 buah blok bangunan, sebuah surau dan juga kantin.
      Diterajui oleh guru besar pertama, Puan Hajah Fatimah bt Ibrahim dan dibantu oleh tiga orang guru penolong kanan, Encik Ismail bin Muda sebagai GPK 1, Encik Mohd Noor bin Sidek sebagai GPK HEM dan Encik Mohd Zain bin Idris sebagai GPK Kokurikulum. Mereka turut dibantu oleh 24 orang guru serta seorang Pembantu Tadbir Rendah.
      Pada awal pembukaan, sekolah ini telah menampung sejumlah 417 orang pelajar yang merupakan dari Tahun Satu hingga Tahun Lima, dimana setiap darjah mempunyai tiga kelas iaitu Amal, Bakti dan Cakna. Pada Januari 2006, sekolah telah mula menambah kelas Pendidikan Khas untuk memberi peluang anak-anak istimewa mendapat hak pendidikan mereka seperti kanak-kanak lain.
      Sehingga hari ini, setelah sembilan tahun sekolah ini beroperasi, potensi sekolah dalam bidang akademik mahupun kokurikulum makin menyerlah. Diharap, sekolah menjadi semakin maju dalam semua bidang yang diceburi.

Lokasi 

SENARAI NAMA BEKAS PENTADBIR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SKSG

Guru Besar
  •     2005 hingga 2009   - Pn Hajjah Fatimah bt Ibrahim
  •     2009 hingga 2011   - Pn Hajjah Hamidah bt Mohammad
  •     2011 hingga 2013   - Pn Hajjah Kintan bt Ahmad
  •     2014 hingga Feb 2016  - Tn. Hj Mohd b. Senek 
  • Feb 2016 hingga sekarang - Pn Sharifah Asiah bt Syed Othman


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GELUGOR,
( SK SERI GELUGOR)
24300 Kerteh, Kemaman,
Terengganu, Darul Iman.
Tel : 09- 8260171 
Fax: 09- 8260171

KOD SEKOLAH: tba2055
EMAIL SEKOLAH: tba2055skserigelugor@yahoo.com.my
LAMAN WEB: sk-serigelugor.blogspot.com


LENCANA SEKOLAH



KOMPUTER RIBA
Semua Murid SK Seri Gelugor ‘celik ICT’

2005
Tahun SK Seri Gelugor ditubuhkan dan mula beroperasi

BUKU
Semua murid SK Seri Gelugor menguasai 3M dan cintakan ilmu

BULAN DAN BINTANG
Agama Islam menjadi pegangan teguh dan amalan dalam meniti kejayaan.

4 GELUNG BERTINDIH
Mewakili 4 buah rumah sukan iaitu Merah, Biru, Kuning dan Hijau yang sentiasa  bersemangat bersaing secara sihat dalam mengungguli bidang kokurikulum.

BERILMU BERDISIPLIN CEMERLANG
Motto  SK Seri Gelugor

WARNA BIRU
Melambangkan perpaduan seluruh warga sekolah dalam mencapai visi sekolah.

WARNA MERAH
Keberanian semua murid dalam mencuba sesuatu yang baru dan bermanfaat demi menjadi insan yang cemerlang.

WARNA PUTIH
Kesucian hati yang sentiasa disiram dengan ilmu-ilmu agama.

WARNA KUNING
Taat dan patuh pada perintah DYMM Yang dipertuan Agong dan Sultan Terengganu.

WARNA HITAM DAN PUTIH
Berdiri teguh di bawah naungan Sultan  Terengganu Darul Iman.


LAGU SEKOLAH
 Menuntut ilmu mesti utama,
Berdisiplin berilmu dan bertakwa,
Menjadi model insan berkualiti,
Menjunjung cita-cita pertiwi,

Dengan bangga kami lafazkan ikrar,
Jayakan impian ibu dan bapa,
Juga hasrat sekolah tercinta,
Terus maju dan mara.

Sk Seri Gelugor kami berbakti,
Ilmu dan amal jadi panduan,
Mulia jiwa harus budi pekerti,
Suci iman minda merdeka,

Sekolah kebangsaan seri gelugor,
Kami sentiasa menjulang namamu,
Semoga bersinar di pesada Negara,
Harapan kami semua.