Permohonan sekolah kawalan 2016 SMKA KAA SABK KRK



Untuk makluman, permohonan sekolah kawalan untuk kemasukan 2016 telah pun dibuka. Permohonan ini dibuka 1 bulan sepanjang September ini. Sekolah yang menawarkan subjek lain diluar pada aliran biasa ini amat bersesuaian bagi mereka yang mahukan kelainan dalam pendidikan.
Perlu diingatkan, kemasukan ke sekolah kawalan ini mempunyai syarat tertentu yang lain dari biasa kerana bagi memenuhi syarat pengajian yang diambil.


Sekolah kawalan terdiri dari :
  • Kelas kawalan/ kelas primer
  • Sekolah agama bantuan kerajaan
  • Smk agama
  • Sekolah kawalan
  • Sekolah Rancangan Khas
  • Sekolah Elit
  • Sekolah Rancangan khas Negeri
  • Kelas Rancangan Khas
  • Rancangan Khas Daerah
  • Kelas Aliran Agama
  • Sekolah Premier

Cara Permohonan Sekolah Kawalan

  • Permohonan telah dibuka dan boleh memohon secara online melalui aplikasi online yang disediakan.
  • Tarikh Permohonan 1 Hingga 30 September 2015
  • Permohonan online boleh dibuat : https://public.moe.gov.my/
  • Cara membuat permohonan/ manual pengguna ( Maklumat lanjut )
  • Untuk kemasukan tingkatan 1, pelajar perlulah mendapat bantuan ibu bapa untuk memohon bagi mengelakkan kesilapan permohonan.
  • Sebarang pertanyaan anda dinasihatkan untuk merujuk portal permohonan ( Sekolah kawalan )
Semoga permohonan anda diterima dan dapat belajar sesuatu yang baru untuk masa depan yang lebih gemilang.