Pelancaran Guru Penyayang Murid Berkualiti
9 Julai 2012 - Program Guru
Penyayang telah dilancar dengan rasminya pada pagi ini di Tapak Perhimpunan
oleh Guru Besar. Saranan KPM ini bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan
sikap kasih sayang di sekolah. Antara
aktiviti yang dilaksanakan ialah mengalu-alukan kehadiran murid, memberi
penghargaan kepada murid, penyerahan tag guru penyayang kepada semua guru dan
sambutan hari lahir.